Datuk Zaid Ibrahim, yang membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurut sumber, surat tersebut diserahkan sewaktu pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang.
Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.
Bagaimanapun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan menolak surat peletakan jawatan Zaid.
Peguam terkenal itu malah dinasihatkan mengambil rehat selama dua minggu selepas menyatakan isu tersebut boleh diselesaikan dalam mesyuarat kabinet.
Sep 15, 2008
Zaid serah surat letak jawatan
Posted by topeng_sakti at 3:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment