Sep 24, 2008

Mercun terbaru dalam pasaran



ZAKARIA menunjukkan mercun kelapa pandan yang dirampas pada sidang akhbar di Padang Besar, Perlis.
SEBESAR KELAPA. Penyeludup mercun kini semakin berani.
Mereka bukan sahaja menyeludup pelbagai mercun yang biasa dilihat tetapi juga jenis sebesar kelapa pandan yang dianggap terbaru dalam pasaran.
Dengan saiz sebesar itu ia dikatakan mampu mengeluarkan letupan yang dapat didengar sehingga sejauh satu kilometer.
Mujur pihak Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki berumur 29 tahun yang cuba menyeludup dari negara jiran pelbagai jenis mercun bernilai RM5,000 termasuk mercun kelapa pandan itu di sebuah rumah di Beseri, Perlis semalam.
Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, semua mercun itu dipercayai dibeli secara kecil-kecilan dari negara jiran dan disimpan di dalam rumah itu sebelum dijual menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.
Katanya dengan menjual mercun-mercun itu, lelaki itu mampu mendapat untung berlipat ganda dengan menjualnya RM100 sebungkus berbanding RM11 di negara jiran
mak datok besar nyer boom nie.. apa nama nyer kelapa pandan isshh ishh aku x pernah tgk nie boom sebesar nie..klu aku main pon x braniiii aku gerunnn hehe
peringatan dari topengsakti jgn main mercun taw..bahaya leh mati ooo...

0 Comments: